Kisah Kami
Pengenalan
— Permulaan Kami
Kumpulan Melissa (Melintang SeSayap) / (Melissa Band – est 2022) merupakan sebuah kumpulan muzik di Malaysia yang menyampaikan lagu-lagu rock Melayu. Kumpulan yang diasaskan di Pahang dan berpangkalan di Kuala Lumpur ini mula mencipta nama dalam industri muzik menerusi lagu hitnya, Cinta Untuk Nabila pada penghujung tahun 1990 di bawah label Varia Muzik. Kumpulan ini sempat merakamkan tiga buah album studio sepanjang karier mereka sebelum anggotanya membawa haluan masing-masing.mereka kembali bersatu dengan Ahli original (Album Pendirian) untuk merakamkan mini album/Album keempat pada 2011. Kini Melissa diberi nyawa semula oleh bassist handalan Melissa iaitu Ajak dengan kehadiran 2 gitaris muda Elly & Mie Ontey. Drummer -Black . Vokalis -Naim (menggantikan Wakdan yang mahu bergerak solo dalam dunia muzik. Mereka sedang menyiapkan sebuah album semperna meraikan barisan baharu Melissa dengan lagu istimewa berjudul Rina Cintaku
Album
- Pendirian – 1990
- Vokal – Radzi
- Gitar – Kef
- Bass – Ajax
- Drum – Ozy
- Kami Mat Rock – 1991
- Vokal – Radzi
- Gitar – Boy
- Bass – Ajax
- Drum – Ozy
- Mistik
- Vokal – Alif
- Gitart – Boy
- Bass – Ajax
- Drum – Ancoy
- Album Keempat – 2011
- Vokalis – Radzi
- Gitar – Keff
- Bass – Ajax
- Drum – Ozy
- EP Pertama – 2022
- Vokalis – Naim
- Gitar 1 – Mie Ontey
- Gitar 2 – Elly
- Bass – Ajax
- Drum – Black
Sejarah
Album pertama kumpulan ini diterbitkan pada tahun 1990. Sewaktu lagu Cinta Untuk Nabila yang dimuatkan dalam album ini telah menjadi hit dan secara tidak langsung telah menjulang dan menaikan nama Melissa dipersada muzik tanah air Keff telah mengundurkan diri diganti dgn Boy Arena a.k.a Fareez Undertaker/Boy banyak membantu kumpulan Melissa sehingga ke rakaman album yang ketiga. Kumpulan Melissa telah menerbitkan 3 buah album. Album pertama berjudul Pendirian (1990). Album kedua berjudul Kami Mat Rock (1991). Album ketiga berjudul Mistik (1993) Album ketiga ini penerbitnya ialah Kumpulan Melissa sendiri yang di anggotai oleh Alif sebagai Penyanyi Utama, Boy/Fareez Undertaker – Guitar Utama, Ajax – Bass dan Ancoy – Drum .
Bagaimanapun pada sekitar tahun 1996 anggotanya telah membawa haluan masing-masing. Penyanyinya Scorp telah menukar kerjayanya daripada dunia hiburan kepada penceramah agama bebas tanah air yang berpengkalan di negeri Kedah. Pemain gitar Keff pula menukar kerjayanya ke bidang perniagaan. Pemain bass Ajax masih aktif dalam bidang ini. Beliau telah menyertai kumpulan Real X dan berlakon dalam dua buah filem arahan Mamat Kalid yang berjudul Rock dan Zombie Kampung Pisang. Manakala pemain drum Ozy telah menjawat jawatan sebagai pegawai polis (PDRM) di Kuantan, Pahang.
Pada Tahun 2008 kumpulan ini telah mengisytiharkan untuk bersatu kembali (Reunion). Cadangan ini telah di sambut baik oleh peminat-peminat serta telah menjayakan sebuah program rancangan hiburan Rock Prima di Astro dengan kerjasama Jengking Merah Production. Kini kumpulan ini aktif kembali tetapi hanya untuk menjayakan show-show tertentu sahaja memandangkan kesemua anggatanya sudah mempunyai komitmen yang lebih penting selain dari bidang muzik yang diceburinya.
Kumpulan Melissa turut sama dalam acara Rock Revival 2017 yang bertempat di House @ G Tower, Jalan Tun Razak, Kuala lumpur yang menampilkan tiga kumpulan iaitu kumpulan Melissa, Crash dan CRK.
Melissa generasi baharu 2022 yang diketuai bassist Melissa (Ajak) dilihat sebagai salah satu band rock paling famous di Malaysia pada hari ini.
YOUTUBE
Kami Rockers Terer X Terer
— Ajak Melissa

MELISSA BAND

NAIM
— Vokalis

AJAK MELISSA
— Ketua Kumpulan, Bassist

MIE
— Gitar
